Friday, February 25, 2011

50 Keistimewaan Wanita..!!

                                             "Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
                                                  Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
                                                         Bertapa bertuahnya menjadi wanita.
                                                         Bersyukurlah kerana menjadi wanita. "

 
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah : " ibu lebih penyayang  daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca " Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah ( Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa ) ",maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkatkan darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.
8. Sabda Pasulullah SAW : " Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga.
9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10. Daripada Aisyah r.a : " Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila dua orang ibubapa memanggilmu, maka jawablah panggilan  ibumu dahulu.
13. Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan tertutup pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14. Seorang wanita yang mentaati suaminya ( serta menjaga solatnya dan puasanya ), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
15. Aisyah r.a berkata : " Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita ? " Jawab baginda, " Suaminya." "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki ? " Jawab baginda, " Ibunya ."
16. Apabila seseorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.
17. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan darinya.
18. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya di dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.
22. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannnya.
25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikan.
27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh ( 2 1/2 tahun ), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkankan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika seseorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akam memberikan pahala satu tahun  solat dan puasa.
29. Seseorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan  oleh Allah.
30. Seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah SWT akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahannnya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT akan mengangkat 1000 darjat untuknya.
31. Seseorang wanita yang menhiburkan hati anaknya, maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.
33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanaya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT, maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat nanti, Allah SWT akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.
36. Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Seoarang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
38. Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang terdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banini berkata : Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia pelita ketika apabila ia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. pada keesokan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah SWT mengurniakan kemuliaan kepadanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah Saw keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita di dalam majlis itu. Baginda lalau bertanya, " Adakah kamu menyembahyangkan mayat ? " Jawab mereka, " Tidak. " Lalu baginda bersabda, " Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca ' Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca ' Bismillah' maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.
44. Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
45. Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah SWT akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu aialah sejauh langit dan bumi."
46. Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya."
47. Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Fatimah, setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah SWT satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat."
48. Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka, akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat mereka dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.
49. Seorang wanita mudah mendapatkan pahala sekiranya taat kepada suaminya jika tidak bertentangan dengan agama.
50. Sabda Rasulullah SAW : " Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukuny, akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai-sungai di syurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh Allah SWT. Dia akan mendapati kuburnya menjadi taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat"

                                                                                 " Tolong sebarkan"



Sunday, February 6, 2011

Perpisahan

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama
Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia
Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara
Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Kasih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu

Thursday, February 3, 2011

Merinduinya

bagaimana bisa aku terus diam
kalau ini semua tak terbalas
bagaimana bisa aku terus diam
kalu ini semua menggantung…
engkau…
yang ada di sana, yang dimana
taukah kau jika aku tulis ini
tulis tentangmu, tentang rindumu
engkau…
pernahkah juga menyambut rinduku
walau hanya dengan senyum
tanpa harus kau ucap kata penyambutan
engkau…
yang ada dimana
ketahuilah aku terus merindumu
ketahuilah aku terus menantimu kembali
kembali bersama sperti waktu itu
waktu yang penuh canda dan bungah
waktu yang berlalu dengan indah
waktu yang slalu terkenang
Tuhan..
sampaikan padanya
tentang rinduku
tentang rindunya yang slalu kutunggu
tentang rindunya, Tuhan…

Buatmu Insan Dirahmati Ilahi

Ketika engkau berada di sini.....
Aku gembira tak terperi.....
Menyelusuri lembaran hikmah hakiki.....
Atas niat yang satu!
Memantapkan iman & takwa pada Illahi.....
Wahai insan dirahmati Illahi.....
Pada hari ini engkau telah dijanji!
Dengan amanah yang bererti.....
Demi duniawi & ukhrawi.....
Engkau terpaksa pergi menabur bakti.....
Atas harapan dan impian.....
Semangat yang luluh menjadi pudar.....
Kerana pergi bukan semata pergi!
Pergi mencari redha Illahi!
Semoga engkau tabah dalam menghadapi!
Menghadapi segala kemungkinan yang menguji sanubari!
Agar mengajar diri mengenal perihal sendiri.....
Adakah mampu atau tidak diuji.....
Harapan menjadi kenyataan.....
Bakal engkau realisasikan.....
Mudah-mudahan dengan pemergian ini!
Terselit hikmah daripada Illahi!
Memungkinkan satu kejutan yang diimpikan......
Semoga engkau diberkati Tuhan!
Itulah ucapan buatmu pejuang!
Pejuang dalam mencari pengetahuan yang suci.....
Demi melakar corak masa depan yang dinanti.....
Biarpun engkau pergi mencari kebenaran.....
Tidak bermakna terputusnya hubungan.....
Andai ikatan Ukhwah al-Islamiyyah masih utuh!
Disulami dengan sifat Mauwadah wa rahmah!
Payah untuknya menjadi luluh.....
Ayuh! teruskan perjuanganmu.....
Buktikan kejayaannya.....
Agar engkau mendapat kebahagiaan....
Kebahagiaan dunia dan juga akhirat.....
Semoga engkau diberkati-Nya!

Wahai Insan

Wahai Insan.....
Engkau dijadikan oleh Allah sebagai seorang khalifah,
Khalifah yang diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan,
Ciptaan-Nya yang penuh dengan kelebihan hikmah dan nikmat,
Agar engkau menjadi seorang yang berguna disinari nur rahmat-Nya,
Wahai Insan.....
Adakah apa yang engkau janjikan ini telah tertunai,
Dimanakah amanahmu sebagai khalifah yang terulung,
Mana pergi kelebihan hikmah dan nikmatmu,
Digunakan untuk kebaikan ataupun kebinasaan,
Wahai Insan.....
Masihkah engkau ingat ketika sejarah awal penciptaan generasimu,
Tunduk sekalian Malaikat tanda hormat kepada ciptaan Allah,
Kecuali Syaitan yang angkuh dan takbur,
Berjanji menghasutmu sampai ke Hari Penghabisan,
Wahai Insan.....
Apa sudah jadi denganmu,
Kenapa Syaitan Si Angkuh dan Takbur itu menjadi ikutanmu,
Mana pergi kekuatan iman dan takwamu kepada Penciptamu,
Apakah engkau sudah hanyut dek lautan kegelapan,
Wahai Insan.....
Sedarlah dari belenggu kejahilan,
Ingatlah kembali asal datangmu,
Engkau dari hanya setitis air mani,
Kalau jatuh di tanah itik tak sudu ayam tak patuk,
Wahai Insan.....
Sedarlah dari sekarang sebelum terlambat,
Gigitlah dengan kuat al-quran dan as-Sunnah,
Kerana itu penyelamat daripada kesesatan,
Tanpanya gelaplah segala erti kehidupan sejati,
Wahai Insan.....
Ayuh! sahutlah seruan Haiya 'alassolah, Haiya 'alalfalah,
Marilah kita bersatu rapatkan shof,
Kita bina kembali segala kekurangan,
Agar kita menjadi generasi Ulul Albab,

That is how Satan Works .....

Benarkah?

Aq boleh minum milo tanpa gula,

Aq boleh makan tanpa lauk,

Aq boleh berusaha tanpa sokongan,

Aq boleh berlari tanpa kasut,

Tapi...

 Aq x boleh hidup tanpa engkau di sisiku..